Selamat datang ke

Homestay Idaman

Percutian menarik di Melaka

Penginapan homestay

Idaman Suites @Atlantis

Lokasi: Bandar Melaka

Idaman Suites @Atlantis terletak di bandar Melaka. Ia menyediakan penginapan yang selesa dan romantik. Terletak di tingkat 20, anda boleh menikmati pemandangan laut Selat Melaka dan bandar Melaka. Unit 1 bilik ini sesuai untuk keluarga kecil dan memuatkan sehingga 5 orang. Ia mempunyai dekorasi dalaman yang menarik dan menawan hati serta dilengkapi dengan kemasan yang bermutu tinggi, bersih, moden dan selesa.

Di sini terdapat kolam renang yang paling besar di Melaka dan banyak lagi kemudahan lain.
Fasiliti: 1 bilik tidur air con, 1 bilik air, dapur memasak lengkap, peti ais, mesin basuh, kolam renang dewasa, kolam renang kanak-kanak, jacuzzi, sauna, tapak permainan kanak-kanak, tempat BBQ, gimnasium.
Harga serendah RM190/malam
BOOK ONLINE
maklumat lanjut

Idaman Villa @Durian Tunggal

Lokasi: Durian Tunggal

Idaman Villa @Durian Tunggal terletak di kawasan perumahan berprestij dan hanya lima minit dari tol plaza Ayer Keroh. Lokasinya yang strategik dan berhampiran dengan pusat pelancongan di Melaka berdekatan. 

Homestay banglo 4 bilik yang luas boleh memuatkan 10 orang. Perabot jati dan kemasan yang bermutu tinggi menjanjikan keselesaan pengunjung. Terdapat 2 unit homestay bersebelahan yang boleh memuatkan ahli keluarga yang besar.
Fasiliti: 4 bilik tidur air con, 3 bilik air, dapur memasak lengkap, TV di ruang tamu, laman serta tempat BBQ.
Harga serendah RM300/malam
BOOK ONLINE
maklumat lanjut

Pangsapuri Idaman @Pertam

Lokasi: Bandar Melaka

Pangsapuri Idaman @Pertam sesuai untuk keluarga yang ingin melancong di Melaka. Terletak berdekatan dengan medan ikan bakar tersohor Muara Sungai Duyong dan Alai. Ia juga berhampiran dengan Bandar Hilir dan Dataran Pahlawan.
Homestay 3 bilik tidur yang selesa dan nyaman ini boleh memuatkan 8 orang. Perabot jati retro ini amat cantik untuk pengunjung. Ruang tamu dilengkapi dengan sofa buloh yang menarik.
Fasiliti: 3 bilik tidur air con, 2 bilik air, dapur memasak lengkap, peti ais, TV di ruang tamu.
Harga serendah RM200/malam
BOOK ONLINE
maklumat lanjut
Idaman Villa © Copyright 2021. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram